Monday, September 1, 2008

Strategi Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat

Jaringan Keselamatan Sosial

  • menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009.
  • Kerajaan telah menyediakan tabung bantuan bagi mereka yang dilanda bencana, seperti banjir menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut, seperti akibat kemalangan.
  • mewujudkan Program Rumah Tunas Harapan, di mana sektor korporat menyediakan rumah, manakala kerajaan membayar kos mengurus.
  • menaikkan jumlah elaun ibu pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan.
Membasmi Kemiskinan

  • menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.
  • peruntukan RM50 juta disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.
  • mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan RM420 juta bagi Sarawak.
  • isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

  • rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Berikutan langkah ini, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai.
  • pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.
  • duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.
  • duti import ke atas beberapa barang makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya.
  • mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel

Menjamin Kebajikan Pekerja

  • elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.
  • pengecualian cukai diberikan ke atas manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:
    · Pertama: Bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
    · Kedua: Telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar oleh majikan;
    · Ketiga: Nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya;
    · Keempat: Nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak pekerjanya; dan
    · Kelima: Elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.
  • memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti.
  • pengecualian cukai diberi ke atas manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja. Untuk membantu penjawat awam, kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan untuk mendapat subsidi yuran .
  • Pada masa ini, kakitangan kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik percuma diberikan setiap tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

Menambah Baik Pengangkutan Awam

  • Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.
  • Sistem LRT sedia ada di Lembah Klang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer (km), iaitu masing-masing sepanjang 15 km bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang.
  • perolehan 35 set tren bagi aliran kelana jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2010, dengan kos RM1.3 bilion.
  • satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras.
  • Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 km sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010.
  • Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada 2013.
  • Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.
  • satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina di Kuala Lumpur.
  • meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam.
  • Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:
    · Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel; dan
    · Kedua: Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008.
  • Kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan pengurangan ini yang dianggarkan RM45 juta setahun.
  • Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi elaun modal dipercepatkan.
  • Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2009.

Dasar Jaminan Makanan

  • RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010.
  • pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani.
  • RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
  • penternak ayam dan itik diberi elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.
  • Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan peruntukan satu bilion ringgit
  • RM475 juta disediakan bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah.
  • memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak.

Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro

menyediakan peruntukan dana modal pusingan RM100 juta untuk membiayai program kewangan mikro bandar

Meningkatkan Taraf Hidup Orang Asli

  • peruntukan RM160 juta disediakan untuk mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli.
  • pembukaan pusat transit Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang menyediakan kemudahan penginapan dan perubatan.
  • pembangunan infrastruktur sosial masyarakat Orang Asli akan diberi tumpuan, termasuk program bantuan rumah, penempatan tersusun, menjana pendapatan dan latihan.

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Pada masa ini, bagi menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja, kerajaan menyediakan elaun bulanan RM300 kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU yang tidak berupaya bekerja, kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.

Meningkatkan Program Perumahan

Bagi 2009, peruntukan RM330 juta disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan 600 unit PPR Dimiliki. Di samping itu, syarikat perumahan negara berhad akan membina 33,000 rumah kos rendah.

Melonggarkan Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

· Pertama: Melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru;
· Kedua: Memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan; dan
· Ketiga: Membuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat.

Mengurangkan Kos Memiliki Rumah

pengecualian duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli rumah kos sederhana.

Memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan

dana skim ini juga akan ditambah kepada RM100 juta. Dengan tambahan ini, SJKP akan berupaya menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion yang akan dapat memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada 40,000 peminjam.

Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat

  • kerajaan menyeru syarikat swasta untuk menyumbang kepada dana ini sebagai menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) supaya lebih ramai rakyat miskin mendapat manfaat daripada program ini.
  • Untuk ini, kerajaan akan menyediakan geran sepadan RM1 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan oleh sektor swasta untuk program ini.
  • Sebagai permulaan, RM100 juta disediakan untuk tujuan ini.
  • skop projek komuniti yang layak mendapat potongan cukai diperluaskan kepada projek berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Di samping itu, bagi syarikat yang memberi sumbangan kepada badan amal, kerajaan mencadangkan had potongan cukai ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 10 peratus daripada pendapatan.
  • memperuntukkan RM50 juta untuk menubuhkan Dana RSPO. Dana ini akan menyediakan geran untuk menyokong program komuniti seperti menambah baik sekolah di kawasan ladang dan program pemuliharaan seperti meningkatkan biodiversiti di kawasan ladang.

Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan

  • meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping pembinaan hospital, klinik dan kuarters.
  • duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak tiga sen sebatang daripada 15 sen sebatang kepada 18 sen sebatang.
  • kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan, yang membabitkan 3,800 orang pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.
  • meningkatkan kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak.
  • Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan daripada RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik dan bagi jururawat daripada RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Menambah Kemudahan Awam

membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu fasa dua, menaik taraf dan membaiki jalan Sandakan ke Telupid, menaik taraf jalan Ranau ke Tambunan fasa dua, membina jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pedalaman Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar serta program perumahan rakyat disewa. Bagi Sarawak, peruntukan RM3.3 bilion disediakan untuk pelbagai projek, termasuk pembinaan 230 km jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 350,000 penduduk setempat. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembinaan jalan penghubung ke pusat pentadbiran persekutuan baru Sarawak, Jalan Nanga Buai ke Ulu Sepak, Betong, Jalan Awat-Ake Kuala Lawas, Jalan Tanjong Assam ke Saribas, empangan Bengoh Kuching, sistem pengurusan air sisa secara bersepadu di Bandaraya Kuching, program perumahan rakyat disewa, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan serta kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar.

1 comment:

Davies Ruth said...

Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)