Tuesday, September 2, 2008

Akta Rahsia Rasmi 1972

tujuan memberi perlindungan undang-undang kepada ‘rahsia-rahsia rasmi’.

Mengikut seksyen-seksyen 2 dan 2B Akta 88 (seperti pindaan di bawa Akta A 660/86), ‘rahsia-rahsia rasmi’ bermaksud sebarang dokumen, rekod keputusan dan penyampaian Jemaah Menteri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan, dokumen-dokumen mengenai keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa dan sebarang maklumat dan bahan berkaitan dengannya termasuklah juga sebarang dokumen rasmi, maklumat dan material yang dikelaskan ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ sama ada oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau penjawat awam yang dilantik oleh mereka itu.

Akta 88 ini juga meliputi dokumen-dokumen dan bahan-bahan badan berkanun (seksyen 2 Akta)(seperti Universiti-universiti awam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan lain-lain lagi)(Abdul Aziz Hussin, 1997). Mengikut seksyen 2 itu juga, takrif ‘dokumen’ termasuklah, sebagai tambahan kepada dokumen yang ditulis, ialah juga peta, pelan, model, geraf, lukisan, gambar, disk, pita, trek suara dan seumpamanya, filem, dan seumpamanya. Dan ‘bahan’ pula termasuklah sebarang alatan, perkakas atau objek.

Perkara-perkara (dokumen dan bahan) perlulah dijaga dan diuruskan sewajarnya agar tidak memberi kesan negatif (keselamatan, ekonomi, nama baik, masalah dan mudarat seumpamanya), termasuk pengintipan (Martin, E.A. 1983).

No comments: