Monday, September 1, 2008

Panduan Perkhidmatan Helpdesk

Perkhidmatan helpdesk merupakan perkhidmatan bantuan pelanggan yang ditawarkan secara bersepadu melalui pelbagai saluran di Unit Tetap Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
Perkhidmatan helpdesk ini boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik dan ia hendaklah dikendalikan oleh pegawai/kakitangan yang berkemahiran serta berpengetahuan dalam bidang perkhidmatan pelanggan

Fungsi Dan Peranan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh helpdesk meliputi layanan
terhadap:

(a) pertanyaan pelanggan.
(b) aduan pelanggan.
(c) khidmat nasihat.
(d) maklum balas pelanggan.

No comments: