Sunday, August 31, 2008

TEKAD 2008

Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk dicapai dalam tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima sasaran yang digariskan melalui TEKAD 2008, iaitu;

Sasaran pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan.

Sasaran ke-2, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.

Sasaran ke-3 ialah meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.

Sasaran yang ke-4 ialah memantapkan institusi keluarga. S

Sasaran terakhir, yang ke-5 ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

No comments: