Sunday, August 31, 2008

Polis Diraja Malaysia

Visi : Agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dengan masyarakat

Misi : PDRM komited untuk berkhidmat dan melindungi negara dan bekerjasama dengan masyarakat dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam


PDRM terbahagi kepada 7 jabatan utama yang terdiri Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis. Secara amnya,

  1. Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM.
  2. Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalam penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah,
  3. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalam penyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah,
  4. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih,
  5. Jabatan Logistik sebagai jabatan yang menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain,
  6. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berperanan sebagai 'operational wing' PDRM, dan
  7. Cawangan Khas sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan.

Jabatan KDN/KA

Misi : Menangani dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri.

Fungsi

  • Mengawal, merancang dan melaksanakan operasi melibatkan ketenteraman awam
  • Merancang dan mengkoordinasikan rondaan maritim bersama dan rondaan sempadan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dan pengawal pantai negara-negara jiran
  • Merancang, mengawal dan mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat
    Membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas
  • Membantu lain-lain cawangan dalam pasukan dalam melancarkan operasi dan tugas keselamatan khas
  • Bekerjasama dengan Angkatan Tentera dan lain-lain agensi kerajaan berhubung keselamatan negara

Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-
Urusetia
Pentadbiran
Gerakan
Unit Implimentasi C4I
Pasukan Simpanan Persekutuan
Unit Berkuda
Pasukan Gerakan Am
Pasukan Gerakan Khas
Unit Udara
Cawangan Trafik
Cawangan Marin
Pusat Kawalan Malaysia

No comments: