Thursday, May 19, 2011

Star Rating

Tujuan
Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam


Latar Belakang
1.Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya Star Rating dilaksanakan.
2.Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
3.Berdasarkan input-input Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 22 Januari 2008 serta pemerhatian Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU semasa melaksanakan penilaian Star Rating, MAMPU telah mengambil langkah untuk memantapkan kriteria penilaian Star Rating kementerian untuk tahun 2008.


Objektif
1.Menilai dan mengukur prestasi Agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
2.Memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;
3.Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, pengurusan kualiti serta amalan terbaik yang telah membawa kejayaan kepada organisasi;
4.Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan Agensi Sektor Awam dalam mengamalkan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

No comments: