Wednesday, September 3, 2008

Wi-Fi

Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network).

Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan oleh Interbrand Corporation dengan gaya yin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama dengan Wi-Fi Alliance.

Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.

Tuesday, September 2, 2008

Routers

Router bertugas menterjemahkan maklumat daripada satu rangkaian kepada rangkaian lain. Ia merupakan tetimbang cerdas. Router memilih laluan terbaik untuk melalukan pesanan berasaskan alamat dan asalan destinasi. Router boleh mengarahkan laluan untuk mengelakkan pelanggaran maklumat. Dengan kecekapannya ia cepat memintaskan laluan mengikut jalan lain.
Jika tetimbang tahu semua alamat komputer, tetimbang dan router lain dalam setiap bahagian rangkaian, Router pula boleh mengesan seluruh rangkaian untuk menentukan bahagian manakah yang sibuk untuk mengubah laluan data ke bahagian lain sehingga laluan tidak sibuk.
Bagi Rangkaian yang mempunyai LAN untuk disambung ke Internet, pemasangan router adalah cara yang lebih berkesan. Kerana router bertindak sebagai penterjemah antara maklumat LAN dengan Internet. Ia juga menentukan laluan terbaik menghantar data ke Internet.

Antara kebaikan router yang lain ialah:
cekap mengarahkan laluan isyarat
memandu pesanan mana-mana dua protokol
memandu pesanan topologi bas linear, bintang dan gelang bintang berdawai
memandu pesanan merentas kabel gentian optik, sepaksi dan pasangan terpiuh.

Router mengandungi komponen hardware dan juga software contohnya bagi router Cisco software yang digunakan bernama Cisco IOS (Internetworking Operating System). Hardware sebuah router terdiri daripada CPU contohnya Cisco router 2505 menggunakan processor 20MHz Motorola 68EC030.Selain dari itu ia juga mempunyai komponen memori seperti ,NVRAM,flash RAM dan juga RAM. Sambungan ke peralatan network lain menggunakan ports

Bridges

Bridge atau tetimbang ialah peranti yang membahgikan satu segmen rangkaian komputer kepada dua rangkaian kecil supaya lebih cekap. Tetimbang boleh digunakan jika kita ingin menambah rangkaian baru kepada rangkaian lama yang sedia ada.

Tetimbang mengawal perjalanan maklumat kedua-dua belah rangkaian supaya paket maklumat sampai ke lokasi yang betul. Kebanyakan tetimbang boleh mengesan rangkaian dan dengan automatik membetulkan alamat setiap komputer kedua-dua belah tetimbang. Ia juga boleh memeriksa setiap pesanan dan jika dikehendaki ia juga boleh memancarkan ke bahagian rangkaian lain.


Tetimbang mengurus perjalanan data untuk menyetabilkan kecekapan kedua-dua belah rangkaian. Kita boleh menganggap tetimbang sebagai polis lalu lintas ketika jalan raya sibuk. Ia mengawal pengaliran maklumat kedua-dua belah rangkaian tetapi tidak membenarkan lalu lintas yang tidak berkenaan. Tetimbang boleh digunakan untuk menyambung kabel yang tidak sama jenis atau topologi berbeza. Bagaimana pun protokol kedua-dua rangkaian mestilah serupa.

Repeaters

Repeater adalah peranti yang menguatkan isyarat rangkaian apabila melaluinya. Ia disebabkan isyarat yang bergerak dalam kabel semakin lama semakin lemah. Penyambungan peranti ini boleh diasingkan atau digabungkan dalam concentrator. Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melebihi had piawai kabel yang digunakan.
Contoh biasa kegunaan repeater dalam LAN ialah rangkaian yang menggunakan topologi bintang dengan kabel pasangan terpiuh tak berdinding. Had panjang kabel ialah 100 meter. Iaitu tatarajah biasa bagi setiap stesen kerja yang disambung dengan kabel jenis ini kepada penumpu aktif port berbilang dimana Penumpu menjana semula semua isyarat yang melaluinya pada jarak yang melebihi 100 meter.

Concentrators / Hubs - Penumpu

Concentrator atau Penumpu adalah peranti penyambungan bagi semua kabel yang bersambung antara stesen kerja, pelayan dan persisian. Dalam topologi bintang, kabel pasangan terpiuh digunakan untuk menyambung dengan stesen kerja dan penumpu. Hub pula ialah penumpu berbilang slot. Dengan hub kita boleh memasang bilangan rangkaian yang banyak mengikut saiz yang dikehendaki. Sesetengah penumpu bersifat pasif, iaitu membenarkan isyarat yang berpindah dari komputer kepada komputer lain tanpa perubahan. Penumpu yang aktif akan membesarkan isyarat apabila melaluinya dari satu peranti kepada peranti lain. Concentrator aktif digunakan sebagai repeater jika hendak menjarakkan rangkaian.

Ciri-ciri penumpu ialah:

  • tatarajah berasaskan port 8, 12, atau 24 RJ45
  • digunakan dalam topologi bintang atau gelang bintang berdawai (star-wired ring)
  • dijual bersama perisian untuk menguruskan port
  • dipanggil juga sebagai hub kebiasaannya dimuatkan dalam kotak logam supaya boleh dimasukkan bersama modem internet, bridges dan routers

Ethernet Cards

Kad ini dibeli berasingan. Ia boleh disambung dengan kabel sepaksi (coaxial), twisted pair atau fiber optics. Bergantung kepada jenis sambungan dan port sambungan iaitu BNC atau RJ45. Sebahgian kad Ethernet mengandungi penyambung AUI. Ia boleh digunakan untuk kabel sepaksi, pasangan terpiuh dan serabut gentian kepada kad Ethernet. Jika kaedah ini digunakan maka alat 'transceiver' perlu disambung kepada stesen kerja.

Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian

Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC dimasukkan dalam komputer pada salah satu slot tambahan. NIC adalah penentu bagi kelajuan dan kecekapan sesuatu rangkaian. Adalah lebih baik menggunakan NIC yang laju mengikut jenis rangkaian yang digunakan.
Jenis NIC yang biasa digunakan ialah kad Ethernet, LocalTalk dan kad Token Ring. Menurut kajian International Data Corporation Ethernet yang paling popular diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R.(1995). Netware Unleashed, Indianapolis, IN:Sams Publishing)