Thursday, March 12, 2009

SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F32 TK : 3

BAHAGIAN : UMUM
Bil. Topik/Skop Soalan
1. Perintah Am(Bab A) Jika seseorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan telah sah jawatan dengan tangga gaji P1T3 (RM2328.52). Beliau telah ditawarkan ke gred F41 dengan tangga gaji P1T10 (RM2370.05) berkuat kuasa mulai 1.4.2004.
Jadual gaji F32T1 T2 T3 T4 ?P1 2171.22 2249.87 2328.52 2407.17 ?P2 2339.41 2452.32 2511.23 2597.14 ?
Jadual gaji F41? T8 T9 T10 T11 ?P1 ? 2210.33 2290.19 2370.05 2449.91 ?P2 ? 2319.23 2402.72 2486.21 2569.70 P3

a) Berapakah gaji sebenar beliau layak dan buat pengiraan?
b) Nyatakan dasar dan rujukan mengenai penetapan gaji masuk yang berkuat kuasa bagi menyokong jawapan anda.
c) Adakah beliau perlu menghadiri kursus induksi? Beri alasan.

2. Perintah Am(Bab B) Item AmaunElaun perjalanan 0.5 @ 350 kmSewa hotel RM100 @ 2 hariElaun harian RM 20Elaun makan RM 40 @ 2 hari
a) Apakah kategori kumpulan/gred
b) Berapa jam bertugas luar pejabat? Berikan bukti.
c) Apakah alasan beliau bawa kenderaan tetapi tidak menaiki kapal terbang atau kereta api?

3. Perintah Am(Bab A) Jika seseorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat Kanan hampir 10 tahun berkhidmat dan telah sah jawatan, ingin meletak jawatan untuk menjaga emaknya yang sakit.
a) Apakah prosedur untuk memohon perletakan jawatan?
b) Tempoh notis yang perlu dipatuhi mengikut taraf jawatan.
c) Permohonan untuk dikecualikan daripada bayaran sebulan gaji jika notis tidak mencukupi.
d) Bagaimana kedudukan tanggungan / hutang dengan kerajaan bagi pinjaman perumahan, kereta dan komputer?
e) Adakah peluang untuk berkhidmat semula dengan kerajaan?

4. PKPA ? Layanan Kaunter Jika sesebuah kaunter jabatan mendapat cemuhan orang ramai disebabkan masalah kelewatan, ketidakcekapan dan kerenah birokrasi. Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter jabatan.

5. PKPA ? Fail Meja dan MPK
a) Apakah maksud Fail Meja (FM)? Nyatakan 5 perkara utama dalam FM.
b) Bezakan FM dan Manual Prosedur Kerja (MPK).

6. Akta Prosedur Kewangan/Arahan Perbendaharaan Sebuah Syarikat mendapat kontrak penyelenggaraan komputer RM210,000 selama 2 tahun 6 bulan sebelum tamat kontrak, syarikat tersebut minta dilanjutkan tempoh lagi 2 tahun tanpa perubahan kos.
a) Bolehkah dilanjutkan kontrak? Beri alasan.
b) Siapa diberi kuasa menimbang dan meluluskan permohonan?

7. Arahan Perbendaharaan
a) Apakah barang tempatan dan matlamat penggunaannya?
b) Syarat-syarat keutamaan harga kepada barang buatan tempatan.

8. Penyeliaan Huraikan 4 kemahiran asas penyeliaan untuk menjadi penyelia yang berkesan.

SKIM : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F32TK : 3
BAHAGIAN : KHUSUS
Bil. Topik/Skop Soalan
1. Komputer Anda diminta memberi penerangan mengenai fungsi yang terdapat dalam sesebuah komputer berasaskan empat (4) bahagian utama iaitu Peranti Input, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Peranti Output dan Peranti Storan.
a) Terangkan fungsi setiap bahagian tersebut termasuk setiap fungsi komponen yang terdapat dalam CPU.
b) Berikan dua (2) contoh bagi setiap peranti berikut :-i. Peranti Inputii. Peranti Outputiii. Peranti Input/Outputiv. Peranti Storan

2. Komputer Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil jika komputer anda mengalami masalah berikut :-
a) Monitor tidak mengeluarkan paparan apabila komputer dihidupkan
b) Printer tidak mencetak walaupun disambungkan pada komputer
c) Papan kekunci (keyboard ) tidak berfungsi walaupun ditaip

3. Komputer
a) Terdapat beberapa jenis media penghantaran data. Senaraikan dan terangkan lima (5) jenis media penghantaran tersebut.
b) Nyatakan tiga (3) mod transmasi dan jelaskan

4. Komputer Penggabungan dua atau lebih rangkaian yang berasingan memerlukan beberapa peralatan rangkaian tambahan seperti routers, repeaters, bridges dan gateways.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan routers, repeaters, bridges dan gateways?
b) Pada lapisan manakah routers, repeaters, bridges dan gateways berada di dalam model Open System Interconnection (OSI)?
c) Lukiskan rajah model OSI yang menggambarkan kedudukan routers, repeaters, bridges dan gateways ini.

5. Komputer Syarikat Baba mempunyai ramai pekerja. Atribut bagi pekerja termasuklah no._pekerja, nama, alamat dan t_lahir. Syarikat ini banyak mengendalikan projek. Atribut bagi setiap projek termasuklah projek_id, nama_projek dan t_mula. Satu projek diperuntukkan kepada beberapa pekerja tetapi setiap pekerja hanya mengendalikan satu projek sahaja. Merujuk kepada penerangan di atas,
a) Terangkan maksud terma-terma berikut :-i. Entitiii. Atributiii. Hubungan entity (relationship)iv. Kunci utama (Primary Key)v. Kunci sekunder (Secondary Key)
b) Nyatakan tiga (3) jenis hubungan dan model hubungan entiti (E-R)
c) Lukiskan gambarajah E-R dan jenis pertalian yang terlibatd) Sediakan jadual-jadual bagi entity tersebut dan bentuk entity (atribut1, atribut2,?.) dan gariskan kunci utama bagi setiap entiti.

6. Komputer Anda diberi pernyataan SQL berikut :-CREATE TABLE JUALANNOP JUAL DECIMAL(2),NMPJUAL CHAR(15),ADDPJUAL CHAR(25),JKOMISEN DECIMAL(7,2),KKOMISEN DECIMAL(2,2))
a) Jelaskan maksud pernyataan di atas Anda diberi jadual berikut :-PLGN (pelanggan)NOPLGN NMPLGN ALAMAT BAKI HADKRDIT NOPJUAL
b) Tuliskan pernyataan SQL untuk menyenaraikan nama dan kredit yang dibenarkan kepada semua pelanggan yang mempunyai had kredit sekurang-kurangnya RM800.00
c) Dengan menggunakan jadual PLGN di atas, tuliskan pernyataan SQL bagi menyenaraikan nombor, nama dan had kredit pelanggan yang disusun secara menurun mengikut had kredit dan no. pelanggan
d) Tuliskan pernyataan SQL bagi menyenaraikan no. pelanggan, nama pelanggan, no. penjual dan nama penjual di mana had kredit pelanggan ialah RM800.00

7. Komputer Cik Mawar, Penolong Pegawai Sistem Maklumat yang baru bertukar ke Bahagian Kewangan di sebuah Jabatan Kerajaan diminta untuk membina satu (1) program komputer yang dapat mengira cukai yang perlu dibayar oleh pekerja-pekerja di Jabatan itu berdasarkan gaji mereka. Sebagai permulaan, Cik Mawar mencuba program tersebut ke atas lima (5) orang pekerja.
a) Nyatakan dan huraikan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh Cik Mawar dalam membina program komputer.
b) Bina carta alir untuk mengira cukai perlu dibayar, jika gaji pekerja :-i. Kurang atau sama dengan RM 1000.00, cukainya ialah 4%ii. Melebihi RM 1000.00, cukainya ialah 8%
c) Cetak Nama, Gaji dan Cukai yang perlu dibayar bagi setiap pekerja tersebut.

8. Komputer Sesebuah laman web yang baik mempunyai aplikasi interaktif. Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi tersebut.
a) Senaraikan lima (5) kaedah tersebut
b) Jelaskan setiap kaedah interaksi tersebut

No comments: