Showing posts with label Teras 1. Show all posts
Showing posts with label Teras 1. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan

RMK 9 akan menyediakan satu persekitaran yang bertenaga dan membantu FDI dan pelaburan tempatan untuk menggerakkan sektor pembuatan ke atas dan di sepanjang rantaian nilai. Cabaran seterusnya adalah untuk mengukuh dan membangunkan kelompok industri baru dan yang baru muncul serta menjana lebih banyak peluang pelaburan, pendapatan dan pekerjaan.

Bagi memperluas dan mendalamkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pada masa akan datang, kerajaan akan terus membantu sektor swasta dengan menyediakan pelbagai khidmat sokongan termasuk penyediaan pembiayaan dan insentif khusus.

Pertanian Baru

Di dalam RMK9, penekanan akan diberikan kepada Pertanian Baru yang melibatkan pertanian komersil berskala besar, penggunaan teknologi moden yang lebih meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, penggabungan dengan ICT dan penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir.