Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Friday, September 5, 2008

BLESS

Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS), portal dalam talian sehenti yang membolehkan permohonan serentak bagi lesen, permit dan kelulusan untuk memulakan perniagaan di Malaysia dilancarlan pada 5hb Sept 2008 oleh PM.

BLESS merupakan portal pusat sehenti dalam talian yang dibangunkan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membolehkan urusan permohonan lesen dan kelulusan permit dijalankan melalui internet.
Pemohon pada masa yang sama juga boleh melakukan pembayaran yuran melalui internet serta memantau masa yang digunakan oleh agensi kerajaan berkenaan untuk memproses permohonan mereka.

Wednesday, September 3, 2008

Portal Perkhidmatan Awam

Portal Perkhidmatan Awam yang lebih dikenali sebagai myGovernment merupakan gerbang utama yang membolehkan pengguna mencapai maklumat, borang muat turun dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan dengan lebih mudah menerusi konsep yang berasaskan kehendak pengguna (intention-based).

Sebagai gerbang utama bagi semua maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan, orang ramai boleh mencapainya melalui Internet tanpa perlu mengetahui alamat laman web setiap agensi Kerajaan atau hadir ke agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan, borang atau maklumat.

Antara kemudahan yang terdapat pada Portal adalah:


  • LamanKu (MyHome)Membenarkan paparan maklumat secara personalised kepada pengguna Portal yang berdaftar.
  • Pusat MesejMembenarkan pengguna mengirim dan menerima mesej daripada agensi-agensi Kerajaan dan Portal.
  • Pusat UndianMenyediakan senarai topik yang memberi peluang kepada pengguna menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu semasa melalui Portal.
  • Pusat E-TransaksiPusat untuk borang muat turun dan segala perkhidmatan dalam talian yang disediakan Laman web/Portal agensi-agensi kerajaan

Pelan Strategik ICT (ISP)

Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam menggariskan hala tuju pelaksanaan ICT Sektor Awam mengutarakan rangka kerja ICT, bidang teras yang perlu dipertingkatkan dan sasaran polisi ICT

TUJUAN:
Perlu dibangunkan bagi memastikan hal-hal pengurusan ICT di agensi perlu selari dengan ISP Sektor Awam

Sunday, August 31, 2008

Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Komanwel
Matlamat
- membina semangat setia kawan di kalangan anggota
- mewujudkan kerjasama dalam segala bidang

Sumbangan M'sia
- Tuan Rumah Commonwealth Head of Government Meeting (CHOGM) 1989 Langkawi
- mengisytiharkan Deklarasi Langkawi - tentang masalah pencemaran
- mementang dasar aparheid di Afrika Selatan
- menganjurkan Sukan Komanwel 1998

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Piagam PBB
a) menjamin keamanan dan keselamatan dunia
b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik andtara negara anggota
c) bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
d) menjadi pusat mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Sumbangan Malaysia
1960 - Pasukan pendamai Congo(Zaire)
1989 - Pasukan pengaman PBB ke Namibia
1990an - pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq,
- pasukan pengaman ke Bosnia
- Menentang dasar apartheid
- menyarankan Benua Antartika mwnjadi warisan dunia

Pergeraka Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Matlamat
- mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok Komunis Negara-Negara Selatan Matlamat
- mengatasi harga eksport, bahan mentah
- meningkatkan kerjasama ekonomi & teknikal tanpa bergantung kpd negara-negara maju

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Matlamat
- mengeratkan hubungan antara negara Islam
- bersuara dalam satu nada bagi kepentingan Islam
- mengekalkan perdamaian dalam semua persengketaan antara negara Islam
- bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tak dicemari

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Matlamat
- mengekalkan kestabilan politik di A.T.
- saling membantu dalam ekonomi, sosial dan kebudayaan
- meningkatkan taraf hidup penduduk
- membantu dalam latihan dan penyelidikan
- mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau & antarabangsa