Showing posts with label RMK9. Show all posts
Showing posts with label RMK9. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Pembangunan modal insan

Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik di dalam RMK9 merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pembangunan ICT

Tumpuan pembangunan ICT dlm RMK9 ialah :

  1. mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global
  2. meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara
  3. menggiatkan usaha merapatkan jurang digital
  4. membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang baru dan aplikasi multimedia MSC
  5. merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bioinformatik, gabungan bioteknologi dan ICT
  6. membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT
    mempercepatkan budaya e-pembelajaran
  7. mempertingkatkan keselamatan maklumat

e-Dagang

e-Dagang menyediakan peluang kepada perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, pembangunannya dipergiat lagi menerusi penubuhan infrastruktur asas termasuk penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi elektronik. Penyertaan sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan persatuan industri penting dalam penyediaan pertukaran kewangan bagi transaksi dalam talian untuk peniaga dgn peniaga (B2B) dan peniaga dgn pengguna (B2C).

Perkhidmatan perbankan internet dan program e-niaga MSC dilaksanakan melalui transaksi perniagaan secara dalam talian yang selamat bagi B2B dan B2C terutamanya di kalangan enterpris kecil dan sederhana.

Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Penubuhan MSC pada tahun 1996 menyediakan landasan untuk membangunkan kelompok syarikat ICT tempatan yang berdaya saing dan industri ICT yang mampan.

Komponen utama pembangunan MSC ialah perlaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta Kelompok R&D, e-Niaga dan Program Keteknousahawan bagi membentuk persekitaran multimedia.

Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan

RMK 9 akan menyediakan satu persekitaran yang bertenaga dan membantu FDI dan pelaburan tempatan untuk menggerakkan sektor pembuatan ke atas dan di sepanjang rantaian nilai. Cabaran seterusnya adalah untuk mengukuh dan membangunkan kelompok industri baru dan yang baru muncul serta menjana lebih banyak peluang pelaburan, pendapatan dan pekerjaan.

Bagi memperluas dan mendalamkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pada masa akan datang, kerajaan akan terus membantu sektor swasta dengan menyediakan pelbagai khidmat sokongan termasuk penyediaan pembiayaan dan insentif khusus.

Pertanian Baru

Di dalam RMK9, penekanan akan diberikan kepada Pertanian Baru yang melibatkan pertanian komersil berskala besar, penggunaan teknologi moden yang lebih meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, penggabungan dengan ICT dan penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir.

Rancangan Malaysia ke 9

RMK 9 - rencana terperinci lima tahun pertama Misi Nasional yang menggariskan dasar dan program utama ke arah mencapai teras dan objektif Misi dalam tempoh 2006-2010

Tema : Bersama ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Penekanan dan program utama RMK 9 terbahagi pada 5 teras :

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuh keupayaan institusi dan pelaksanaan

Misi Nasional - RMK9

Dasar dan rangka kerja pelaksanaan baru telah disediakan untuk menggaris pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangkamasa 15 tahun yang akan datang. Misi Nasional ialah rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020.

RMK9 merupakan pelan pembangunan pertama daripada 3 rancangan lima tahun bagi Misi Nasional yang merangkumi dasar dan program bertujuan untuk mencapai falsafah dan teras Misi tersebut. Misi Nasional akan memacu bentuk dan keutamaan program, perancangan dan bajet mulai tahun 2006 dan seterusnya.