Friday, September 12, 2008
DMZ (demilitarized zone),m
Monday, September 8, 2008
Saturday, September 6, 2008
Network Performance Measurement
Peer-to-Peer Networking
Client/Server Networking
Wednesday, September 3, 2008
Broadband
Tuesday, September 2, 2008
Routers
Jika tetimbang tahu semua alamat komputer, tetimbang dan router lain dalam setiap bahagian rangkaian, Router pula boleh mengesan seluruh rangkaian untuk menentukan bahagian manakah yang sibuk untuk mengubah laluan data ke bahagian lain sehingga laluan tidak sibuk.
Bagi Rangkaian yang mempunyai LAN untuk disambung ke Internet, pemasangan router adalah cara yang lebih berkesan. Kerana router bertindak sebagai penterjemah antara maklumat LAN dengan Internet. Ia juga menentukan laluan terbaik menghantar data ke Internet.
Antara kebaikan router yang lain ialah:
cekap mengarahkan laluan isyarat
memandu pesanan mana-mana dua protokol
memandu pesanan topologi bas linear, bintang dan gelang bintang berdawai
memandu pesanan merentas kabel gentian optik, sepaksi dan pasangan terpiuh.
Router mengandungi komponen hardware dan juga software contohnya bagi router Cisco software yang digunakan bernama Cisco IOS (Internetworking Operating System). Hardware sebuah router terdiri daripada CPU contohnya Cisco router 2505 menggunakan processor 20MHz Motorola 68EC030.Selain dari itu ia juga mempunyai komponen memori seperti ,NVRAM,flash RAM dan juga RAM. Sambungan ke peralatan network lain menggunakan ports
Bridges
Bridge atau tetimbang ialah peranti yang membahgikan satu segmen rangkaian komputer kepada dua rangkaian kecil supaya lebih cekap. Tetimbang boleh digunakan jika kita ingin menambah rangkaian baru kepada rangkaian lama yang sedia ada.
Tetimbang mengawal perjalanan maklumat kedua-dua belah rangkaian supaya paket maklumat sampai ke lokasi yang betul. Kebanyakan tetimbang boleh mengesan rangkaian dan dengan automatik membetulkan alamat setiap komputer kedua-dua belah tetimbang. Ia juga boleh memeriksa setiap pesanan dan jika dikehendaki ia juga boleh memancarkan ke bahagian rangkaian lain.
Tetimbang mengurus perjalanan data untuk menyetabilkan kecekapan kedua-dua belah rangkaian. Kita boleh menganggap tetimbang sebagai polis lalu lintas ketika jalan raya sibuk. Ia mengawal pengaliran maklumat kedua-dua belah rangkaian tetapi tidak membenarkan lalu lintas yang tidak berkenaan. Tetimbang boleh digunakan untuk menyambung kabel yang tidak sama jenis atau topologi berbeza. Bagaimana pun protokol kedua-dua rangkaian mestilah serupa.
Repeaters
Contoh biasa kegunaan repeater dalam LAN ialah rangkaian yang menggunakan topologi bintang dengan kabel pasangan terpiuh tak berdinding. Had panjang kabel ialah 100 meter. Iaitu tatarajah biasa bagi setiap stesen kerja yang disambung dengan kabel jenis ini kepada penumpu aktif port berbilang dimana Penumpu menjana semula semua isyarat yang melaluinya pada jarak yang melebihi 100 meter.
Concentrators / Hubs - Penumpu
Ciri-ciri penumpu ialah:
- tatarajah berasaskan port 8, 12, atau 24 RJ45
- digunakan dalam topologi bintang atau gelang bintang berdawai (star-wired ring)
- dijual bersama perisian untuk menguruskan port
- dipanggil juga sebagai hub kebiasaannya dimuatkan dalam kotak logam supaya boleh dimasukkan bersama modem internet, bridges dan routers
Ethernet Cards
Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian
Jenis NIC yang biasa digunakan ialah kad Ethernet, LocalTalk dan kad Token Ring. Menurut kajian International Data Corporation Ethernet yang paling popular diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R.(1995). Netware Unleashed, Indianapolis, IN:Sams Publishing)
Workstation - stesen kerja
File Server - Pelayan Fail
File server mengawal hubungan maklumat antara nod dalam rangkaian. Sebagai contoh, komputer akan mengawal apabila kita menghantar perisian pemproses kata ke satu setesen kerja lain, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja lain dan menyimpan pesanan e-mel dalam masa yang sama. Ini menyebabkan kita memerlukan komputer yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dan boleh berkongsi dengan lain dalam tempoh yang singkat.
Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam File server ialah :
- pemproses mikro yang laju ( contoh: Pentium )
- cakera keras yang laju sekurang-kurangnya empat gigabytes
- RAM sekurang-kurangnya 32 MB
- kad antara muka yang laju
- slot tambahan yang banyak
- unit pita sokongan (tape back-up)
- RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menjaga data apabila berlaku kerosakan data
Monday, September 1, 2008
FTP vs Telnet
- Membolehkan pemindahan file dari satu komputer ke satu komputer.
- Dua istilah:
1) Download - membolehkan fail dari satu tempat ke komputer lain.
2) Upload - Hantar fail dari satu komputer kita ke komputer lain.
Telnet:
- Membolehkan pengguna memasuki (log on) komputer lain dalam internet.
- Contoh pengguna komputer di Malaysia hendaklah menggunakan komputer di Amerika Syarikat.
LAN vs WAN
- Bila dua atau lebih komputer dihubungkan dimana jarak antara kedua komputer ini kecil sahaja (dalam bilik, bangunan).
- LAN boleh disambungkan kepada WAN oleh satu gate away.
Komponen-komponen untuk LAN:
1) Dua atau lebih komputer.
2) Pelayan rangkaian (Network server).
3) Kabel dan hubs.
4) Network Interface Card (Network Adapter Card).
5) Network Operating System.
WAN:
- Dihasilkan bila sesuatu network merangkumi satu kawasan yang luas.
- Menggunakan "high speed" tranmission line sepert ISPN dan sebagainya.
- Dua atau lebih LAN akan membentuk WAN.