Showing posts with label MSC. Show all posts
Showing posts with label MSC. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Kad Pelbagai Guna Kerajaan (GMPC)

GMPC yang berfungsi sebagai kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kesihatan, kad bayaran tunai elektronik dan lain-lain itu adalah kad pintar pelbagai guna pertama di dunia.
Kad pintar itu yang menggunakan teknologi terkini seperti mikrocip dan enkripsi keselamatan termasuk cap jari serta bayangan imej (ghost image).

GMPC Corporation merupakan konsortium yang bertanggungjawab memajukan projek tersebut di bawah salah satu dari tujuh aplikasi perdana MSC. Kontrak bagi projek GMPC bernilai RM272 juta .

Konsortium tersebut terdiri daripada lima syarikat iaitu Dibena Enterprise Sdn. Bhd., Unisys MSC Sdn. Bhd., Iris Technologies (M) Sdn. Bhd., CSA MSC Sdn. Bhd. dan EPNCR (M) Sdn. Bhd.

Pembangunan ICT

Tumpuan pembangunan ICT dlm RMK9 ialah :

  1. mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global
  2. meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara
  3. menggiatkan usaha merapatkan jurang digital
  4. membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang baru dan aplikasi multimedia MSC
  5. merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bioinformatik, gabungan bioteknologi dan ICT
  6. membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT
    mempercepatkan budaya e-pembelajaran
  7. mempertingkatkan keselamatan maklumat

e-Dagang

e-Dagang menyediakan peluang kepada perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, pembangunannya dipergiat lagi menerusi penubuhan infrastruktur asas termasuk penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi elektronik. Penyertaan sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan persatuan industri penting dalam penyediaan pertukaran kewangan bagi transaksi dalam talian untuk peniaga dgn peniaga (B2B) dan peniaga dgn pengguna (B2C).

Perkhidmatan perbankan internet dan program e-niaga MSC dilaksanakan melalui transaksi perniagaan secara dalam talian yang selamat bagi B2B dan B2C terutamanya di kalangan enterpris kecil dan sederhana.

Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Penubuhan MSC pada tahun 1996 menyediakan landasan untuk membangunkan kelompok syarikat ICT tempatan yang berdaya saing dan industri ICT yang mampan.

Komponen utama pembangunan MSC ialah perlaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta Kelompok R&D, e-Niaga dan Program Keteknousahawan bagi membentuk persekitaran multimedia.