Sunday, August 31, 2008
Pembangunan modal insan
Kad Pelbagai Guna Kerajaan (GMPC)
GMPC yang berfungsi sebagai kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kesihatan, kad bayaran tunai elektronik dan lain-lain itu adalah kad pintar pelbagai guna pertama di dunia.
Kad pintar itu yang menggunakan teknologi terkini seperti mikrocip dan enkripsi keselamatan termasuk cap jari serta bayangan imej (ghost image).
GMPC Corporation merupakan konsortium yang bertanggungjawab memajukan projek tersebut di bawah salah satu dari tujuh aplikasi perdana MSC. Kontrak bagi projek GMPC bernilai RM272 juta .
Konsortium tersebut terdiri daripada lima syarikat iaitu Dibena Enterprise Sdn. Bhd., Unisys MSC Sdn. Bhd., Iris Technologies (M) Sdn. Bhd., CSA MSC Sdn. Bhd. dan EPNCR (M) Sdn. Bhd.Pembangunan ICT
- mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global
- meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara
- menggiatkan usaha merapatkan jurang digital
- membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang baru dan aplikasi multimedia MSC
- merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bioinformatik, gabungan bioteknologi dan ICT
- membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT
mempercepatkan budaya e-pembelajaran - mempertingkatkan keselamatan maklumat
e-Dagang
Perkhidmatan perbankan internet dan program e-niaga MSC dilaksanakan melalui transaksi perniagaan secara dalam talian yang selamat bagi B2B dan B2C terutamanya di kalangan enterpris kecil dan sederhana.
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Komponen utama pembangunan MSC ialah perlaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta Kelompok R&D, e-Niaga dan Program Keteknousahawan bagi membentuk persekitaran multimedia.
Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan
Bagi memperluas dan mendalamkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pada masa akan datang, kerajaan akan terus membantu sektor swasta dengan menyediakan pelbagai khidmat sokongan termasuk penyediaan pembiayaan dan insentif khusus.
Pertanian Baru
Polis Diraja Malaysia
Misi : PDRM komited untuk berkhidmat dan melindungi negara dan bekerjasama dengan masyarakat dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam
PDRM terbahagi kepada 7 jabatan utama yang terdiri Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh Pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis. Secara amnya,
- Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM.
- Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalam penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah,
- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalam penyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah,
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih,
- Jabatan Logistik sebagai jabatan yang menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain,
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam berperanan sebagai 'operational wing' PDRM, dan
- Cawangan Khas sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan.
Jabatan KDN/KA
Misi : Menangani dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri.
Fungsi
- Mengawal, merancang dan melaksanakan operasi melibatkan ketenteraman awam
- Merancang dan mengkoordinasikan rondaan maritim bersama dan rondaan sempadan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dan pengawal pantai negara-negara jiran
- Merancang, mengawal dan mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat
Membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas - Membantu lain-lain cawangan dalam pasukan dalam melancarkan operasi dan tugas keselamatan khas
- Bekerjasama dengan Angkatan Tentera dan lain-lain agensi kerajaan berhubung keselamatan negara
Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-
Urusetia
Pentadbiran
Gerakan
Unit Implimentasi C4I
Pasukan Simpanan Persekutuan
Unit Berkuda
Pasukan Gerakan Am
Pasukan Gerakan Khas
Unit Udara
Cawangan Trafik
Cawangan Marin
Pusat Kawalan Malaysia
Alamat diperlukan dalam proses pengiriman email. Namun tidak seperti alamat surat yang lazim kita gunakan. Sistem pengalamatan pada email menggunakan format identitas dan domain yang digabung menggunakan karakter @ (at, dibaca et). Misalnya email kami adalah servicedcc@yahoo.com. Artinya email bernama servicedcc provider yang digunkaan adalah yahoo.com sehingga alamat lengkap email adalah penggabungan nama dengan penyedia tersebut yang dibatasi oleh char @.
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Menguruskan semua aset alih Kerajaan di Kementerian/Jabatan meliputi:
- Penerimaan
- Pendaftaran
- Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan
- Penyelenggaraan
- Pelupusan
- Kehilangan dan Hapus kira
Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Kerajaan yang
dibeli atau yang disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.
Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.
Integriti
Satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi.
Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
Matlamat
- membina semangat setia kawan di kalangan anggota
- mewujudkan kerjasama dalam segala bidang
Sumbangan M'sia
- Tuan Rumah Commonwealth Head of Government Meeting (CHOGM) 1989 Langkawi
- mengisytiharkan Deklarasi Langkawi - tentang masalah pencemaran
- mementang dasar aparheid di Afrika Selatan
- menganjurkan Sukan Komanwel 1998
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Piagam PBB
a) menjamin keamanan dan keselamatan dunia
b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik andtara negara anggota
c) bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
d) menjadi pusat mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
Sumbangan Malaysia
1960 - Pasukan pendamai Congo(Zaire)
1989 - Pasukan pengaman PBB ke Namibia
1990an - pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq,
- pasukan pengaman ke Bosnia
- Menentang dasar apartheid
- menyarankan Benua Antartika mwnjadi warisan dunia
Pergeraka Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Matlamat
- mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok Komunis Negara-Negara Selatan Matlamat
- mengatasi harga eksport, bahan mentah
- meningkatkan kerjasama ekonomi & teknikal tanpa bergantung kpd negara-negara maju
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Matlamat
- mengeratkan hubungan antara negara Islam
- bersuara dalam satu nada bagi kepentingan Islam
- mengekalkan perdamaian dalam semua persengketaan antara negara Islam
- bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tak dicemari
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Matlamat
- mengekalkan kestabilan politik di A.T.
- saling membantu dalam ekonomi, sosial dan kebudayaan
- meningkatkan taraf hidup penduduk
- membantu dalam latihan dan penyelidikan
- mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau & antarabangsa
Pelan Integriti Nasional
Objektif khusus PIN adalah;
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
TEKAD 2008
Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk dicapai dalam tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima sasaran yang digariskan melalui TEKAD 2008, iaitu;
Sasaran pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan.
Sasaran ke-2, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.
Sasaran ke-3 ialah meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
Sasaran yang ke-4 ialah memantapkan institusi keluarga. S
Sasaran terakhir, yang ke-5 ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Bajet 2008
Bajet ini akan memberi tumpuan kepada tiga strategi utama:
Pertama: Mempertingkat daya saing negara;
Kedua: Memperkasa pembangunan modal insan; dan
Ketiga: Menjamin kesejahteraan rakyat.
Rancangan Malaysia ke 9
Tema : Bersama ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Penekanan dan program utama RMK 9 terbahagi pada 5 teras :
- Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
- Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
- Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
- Mengukuh keupayaan institusi dan pelaksanaan
Misi Nasional - RMK9
RMK9 merupakan pelan pembangunan pertama daripada 3 rancangan lima tahun bagi Misi Nasional yang merangkumi dasar dan program bertujuan untuk mencapai falsafah dan teras Misi tersebut. Misi Nasional akan memacu bentuk dan keutamaan program, perancangan dan bajet mulai tahun 2006 dan seterusnya.
Islam Hadhari
10 prinsip :
- Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- Kerajaan yang adil dan beramanah
- Rakyat berjiwa merdeka
- Penguasan ilmu pengetahuan
- Pembangunan ekonomi yg seimbang dan komprehensif
- Kehidupan berkualiti
- Perlindungan hak kumpulan minoriti dan wanita
- Keutuhan moral dan budaya
- Pemeliharaan alam semula jadi
- Kekuatan Pertahanan
Demokrasi Berparlimen
Raja Berperlembagaan - - Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
a) Ketua Negara - mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah & Badan Kehakiman
b) boleh memanggil dan membubarkan Parlimen
c) Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata (kuasa pemampunan)
d) Bertanggungjawab menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
e) ketua agama Islam (Swak, Sabah, Penang, Melaka, Wilayah Persekutuan)
f) Boleh mengisytiharkan Undang-Undang Darurat
g) Bertanggungjawab melantik
Kuasa Pemerintahan
Badan Perundangan (Legislatif)
- Fungsi - Parlimen(YDP, Dewan Rakyat, Dewan Negara) menggubal undang-undang
Ciri-Ciri Dewan Negara
- 69 orang Senator (tempoh jawatan 3 tahun)
* 26 dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (2 each)
* 3 dipilih oleh YDP (2 for K.L, 1 for Labuan)
* 40 dipilih oleh YDP - cemerlang dalam bidang profesional
- Senator bertaraf Ahli Parlimen, boleh menjadi ahli Jemaah Menteri
Ciri-ciri Dewan Rakyat
- 222 ahli(tempoh 5 thn) mewakili kawasan pilihan raya di seluruh negara
- tugas - menggubal & melaksanakan undang-undang (peringkat Dewan Rakyat)
Badan Pelaksana (Eksekutif) - Jemaah Menteri atau Kabinet
Kabinet bertugas menggubal dasar-dasar kerajaan tertinggi dalam semua perkara
Kementerian bertugas menggubal dasar-dasar kerajaan dan merancang & menyelaras program pembangunan eko, sosial
- Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik, S/usaha Parlimen
Perkhidmatan Awam
- Ketua Setiausaha Negara t/jawab mengawasi kementerian, jabatan kerajaan dan dibantu kumpulan pegawai perkhidmatan awam
- Jabatan Kerajaan - diketuai Ketua Pengarah
- Badan Berkanun - badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasi autonomi tertentu yang ditadbir oleh Lembaga Pengarah dan mempunyai peruntukan kewangan sendiri
Badan Kehakiman (Judisiari)
- mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
- menentukan kesahihan undang-undang
- berkuasa mentafsiran perlembagaan, undang-undang
- mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan/Negeri
- boleh mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
Pilihan Raya
- Proses memilih wakil rakyat
- Dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP)
* menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
* menjalankan pendaftaran pemilih
* mengendalikan pilihan raya
IMAP vs POP
Jika POP diguna semua emel akan dimuatturun dari server kepada komputer dan disimpan di hard drive.
Jika IMAP digunakan semua emel disimpan di server dan tidak akan dihapuskan. Aplikasi emel akan create a local cache di hard disk untuk cepatkan bukaan emel. Walaubagaimanapun emel original tidak akan disentuh.
Kebaikan POP
- paparan mesej cepat setelah dimuatturun
- mesej disimpan di harddisk dan tiada isu limit dan kuota dalam storan server
- disokong oleh kebanyakan ISP dan emel provider
- disokong oleh semua program emel
Keburukan POP
- mesej disimpan dalam harddisk, oleh itu tak boleh diakses oleh komputer lain
- mesej tidak disimpan di server
Kebaikan IMAP
- mesej disimpan di server dan boleh diakses dimana-mana
- IMAP mail folders akan synchorize dengan IMP(webmail)
- sent messages dan drafts juga disimpan di server
- server-side spam filtering mudah diimplement dengan IMAP
- IMAP mail dibackup dan boleh direstore
- mudah untuk migrate
- paparan mesej slow, escp. masa mula baca
- sensitif pada saiz dan perlukan archive (limit & quota storan)
- tak banyak ISP dan emel provider offer IMAP
- tak semua email programs support it properly
Encryption vs Decryption
Decryption adalah reverse kepada proses encryption, menjadikan maklumat yang dienkrip boleh dibaca semula.
Biometric Encryption adalah proses yang menggunakan ciri-ciri badan sebagai satu method untuk mengkodkan data. Ciri-ciri fizikal seperti cap jari, retina dan iris, tapak tangan, dan voice recognition adalah diantara method biometric encryption.
Waterfall Model (Baik & Buruk)
Kebaikan :
- Membenarkan kawalan untuk departmentalization and managerial.
- Jadual disetkan dengan deadlines untuk setiap langkah pembangunan dan produk boleh dihasilkan melalui proses pembangunan (delivered on time).
- Pembangunan akan bermula dari konsep, design, implementasi, testing, instalasi, troubleshooting dan akhir dengan operasi dan maintenance. Setiap fasa akan berjalan tanpa overlaping.
Keburukan :
- Tidak benarkan reflection or revision.
- Aplikasi yang berada di dalam testing, susah untuk diubahsuai sekiranya tidak dirancang baik semasa langkah konsep.
System Development Life Cycle (SDLC)
Jenis-jenis SDLC :
a. Waterfall
b. Rapid Application Dev (RAD)
c. Joint Application Dev (JAD)
d. Build and Fix
e. Rapid Prototype
dll
Secara am, langkah-langkah SDLC methodology :
a. Sistem asal dikaji dan kenalpasti masalah melalui soalselidik.
b. Kajian kesauran. Keperluan sistem baru didefinisi. Kelemahan dalam sistem asal dinyatakan dengan cadangan untuk penambahbaikan.
c. Analisis. Sistem yang dicadangkan didesign. Apa sistem baru patut buat. Perancangan termasuk pembangunan fizikal, hardware, OS, programming, comm dan isu-isu keselamatan.
d. Sistem Baru dibangunkan seperti yang dipersetujui. Pengguna mesti dilatih menggunakannya dan semua aspek perfomance diuji jika perlu ubahsuai lakukan pada peringkat ini.
e. Implementasi. Biarkan pengguna menilai sistem baru. Buat fasa by fasa bergantung kepada aplikasi atau lokasi dan sistem asal secara perlahan diganti atau shutdown sistem asal dan implement sistem baru secara terus.
f. Maintenance mesti dilaksanakan. Pengguna harus up-to-date untuk pengubahsuaian sekiranya perlu.
Portal vs Website
Portal merujuk kepada
Portal website, gerbang kepada berita, maklumat dan pautan biasanya di atas sesuatu subjek seperti pertanian, engineering dsb.
Web portal, adalah sejenis Content Management System, yang ada perlindungan password yang membenarkan Site Administrators mengedit teks, imej dan lain-lain kandungan bila perlu. Ini memudahkan pengemaskinian tanpa perlu tahu kod programming.
Website merujuk kepada
Koleksi laman web yang saling berkait dan lokasinya di World Wide Web
Set laman-laman web biasanya mengandungi homepage yang terletak di server yang sama dan disedia dan diselenggara oleh individu, group atau organisasi.