1. Seperti mana sedia maklum, semasa perbentangan Bajet 2015, Kerajaan telah
mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan
daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan
daripada RM450,000 kepada RM600,000.
2. Wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak RM100 juga telah
dimansuhkan.
3. Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.
4. Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah
seperti berikut :
**Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada para 1.5.2, 1.5.3 dan para 3 Lampiran A6
Pekeliling Perbendaharaan PR1.1/2013
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Kementerian Kewangan
30 Disember 2014